[VIDEO] Pokok Penunggu Jin? Ditolak Berkali Kali Dengan Jentolak Namun Tegak Kembali

Posted on

 

Di dalam video itu kelihatan sebuah jentolak berwarna kuning sedang bersedia untuk menolak sebatang pokok yang sederhana besar tapi agak merimbun pohon itu.

 

Setelah semua persiapan selesai maka jentolak itu mula menolak pokok itu seperti biasa yang dilakukan pada pokok pokok lain.

 

Namun setelah mencuba beberapa kali awalnya kelihatan jentolak itu agak kesulitan untuk menolak pokok itu seolah olah pokok itu terlalu besar.

 

Akhirnya kelihatan pokok itu mula condong dan kelihatan tumbang ke bumi.Namun tanpa diduga pokok itu kembali tegak ke tempat asalnya.Jentolak itu cuba beberapa kali lagi menolak pokok itu namun masih ia akan tegak kembali.

 

Situasi berulang beberapa kali sehingga akhirnya pokok itu benar benar tumbnag ke tanah.

 

Apakah yang sebenarnya berlaku? Adakah pokok itu mempunyai akar tunjang yang terlalu kuat? Apakah benar terdapat penunggu yang berupa jin di situ seperti dakwaan beberapa netizen?

 

Tidak ada jawapan yang pasti.Yang pasti Allah Maha Berkuasa lebih dari segala sesuatu.Setiap kejadian pasti ada hujahnya dari sudut sains dan agama.

 

sumber : http://www.dharian.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *