(save orangutan) Orang Utan lawan jentolak pertahan tempat tinggal [Video]

Posted on

KALIMANTAN: Jika anda pernah menonton babak di dalam filem mengenai haiwan yang bersatu melawan manusia yang cuba menghancurkan tempat tinggal mereka atas nama pembangunan, anda mungkin beranggapan ia hanyalah sebuah kisah rekaan.

Namun, sebuah video mengenai seekor Orang Utan yang bangkit melawan sebuah jentolak di Kalimantan Barat yang mula tular di media sosial sejak semalam ternyata mengejutkan dan menyedihkan pada masa yang sama.

Video berdurasi kira-kira satu minit itu menunjukkan aksi seekor Orang Utan bergayut pada pokok yang telah tumbang dan kemudian mendekati sebuah jentolak bagi menghalang habitatnya dari terus dihapuskan.

Video : 

 

Orang Utan berkenaan dilihat terjatuh daripada pokok namun kembali bangkit ketika beberapa pegawai dari Worldwide Animal Rescue (IAR) cuba menyelamatkannya.

Pengurus komunikasi IAR Elisabeth Kay bagaimanapun menjelaskan, video berkenaan telah dirakam beberapa tahun lalu ketika mereka sedang melakukan operasi menyelamatkan Orang Utan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *